Salam anak wayang!!..hehe..macam jadi peserta ‘Anak Wayang’ pasal pula yang kat ASTRO tu..
Ok, hari ini aku nak review pendapat aku mengenai cerita wayang yang baru aku tonton iaitu ‘SIFU & TONGGA’ …
BAiklah mengenai….
pendapat aku, cerita S&T (SIFU & TONGGA)..bolehlah dikatakan cerita komedi pengembaraan yang dimasukkan dengan elemen yang berkaitan mesej kemasyarakatan kebanyakannya. Elemen sejarah dalam filem ini mungkin boleh dikatakan ada namun tidaklah betul-betul mengikut arus sejarah yang ada dinegara ini. Hanyalah beberapa fakta sahaja yang boleh dikatakan mengenai sejarah. Baik, sinopsis mengenai cerita ini adalah bermula apabila dua wartawan iaitu Tammy (Erra fazira) dan Azad (Azad jasmin) melakukan pencarian terhadap Puak Watson yang masih lagi wujud diatas muka bumi ini. Akhirnya pencarian mereka menemui kejayaan apabila berjaya menemui beberapa ahli Puak Watson yang masih hidup dan mereka telah menculik salah seorang gadis dari Puak Watson iaitu Milah (Fauziah Gous) untuk dibawa ke bandar. Ketua Puak Watson iaitu Chief (Pi’e) sangat sedih apabila mengetahu kejadian ini. Akhirnya tampillah Sifu (Saiful Apek) dan kawan karibnya Tongga (Nabil Raja Lawak) untuk menyelamatkan Milah serta berjanji kepada Chief unutk membawa pulang kembali Milah. Sifu mempunyai kebolehan luarbiasa iaitu boleh berkomunikasi dengan dunia ghaib untuk dijadikan sebagai panduan yang telah banyak memberi petunjuk kepada mereka sepanjang pengembaraan di bandar yang besar dalam usaha menyelamatkan Milah. Pelbagai halangan telah berjaya ditempuhi sehinggalah membawa kejayaan kepada mereka dalam menyelamatkan Milah kekasih hati Sifu.
Apa-apa pun cerita SIFU & TONGGA ini sememangnya khas untuk meringkan kepala otak kita yang sentiasa berat dengan masalah. Namun terdapat juga sedikit elemen berat yang terpaksa kita kongsi bersama dengan cerita ini seperti kezaliman manusia dalam mengejar kekayaan, penyeksaan namun masih lagi dalam konteks tidak keterlaluan. Cerita komedikan..namun ada beberapa perkara yang AKU SUKA dan AKU TIDAK SUKA mengenai cerita ini.
AKU SUKA:
- Penggunaan bahasa yang sememangnya melambangkan satu puak yang memang lain dari lain. hehe dan juga terdapat unsur komedi dalam penggunaan bahasa. korang jangan pelik pula apabila melihat karakter Puak Watson termasuk Sifu dan Tongga berbahasa yang pelik sebab ini kan puak yang hampir pupus..
- Perjalanan cerita yang menarik yang penuh dengan pengembaraan yang diselang-selikan dengan komedi..tidak membosankan. Bukan lawak yang biasa kita lihatlah..
- Sinematografi yang boleh dikatakan cantik ketika diambil dalam hutan
- Ada beberapa lawak yang sememangnya satu benda baru yang boleh dikaitkan dengan kehidupan dan mungkin juga ayat ‘SELAMAT MENCUBA’ dan ‘AN, AN, AN’ akan menjadi ikutan kanak-kanak ataupun orang dewasa!
- Terdapat mesej-mesej kemasyarakatan yang ditimbulkan dalam cerita ini sebagai contoh jangan menyalahgunakan harta benda awam, sebagai pemandu teksi tak kira siapa pun perlu mesra dan ada lagi babak-babak yang memeberikan satu suntikan moral
AKU TIDAK SUKA:
- Babak ketika Tammy (Erra Fazira) dan Azad() dimana azad akan ditampar atau pun ditunjal kepalanya oleh Tammy sekiranya dia tidak memahami apa yang diinginkan oleh Tammy..masalahnya terlampau banyak sangat, jadi macam bosan..
- Watak Rozita Che Wan sebagai polis..adeh..terlalu skema ayatnya..juga watak polis yang terlalu bajet garang..hehe..macam tak mengambarkan ‘MESRA, CEPAT & BETUL’
- Terlalu ‘cliche’ la setiap kali ada cerita mengenai puak yang masih wujud mesti ada emas…cub alah ada tinggalan sejarah pulak an, an, an..
- Watak Milah (Fauziah Gous) yang asyik menjerit je ketika dalam tahanan Tammay dan Azad..sekurang-kurangnya cubalah si Milah tu berkomunikasi sikit dengan Tammy..
- Ayat cliche macam bagus contoh Ketua Balai yang mengatakan ‘awak uruskan dulu saya nak pergi solat’..aduyai..bagusnya..sokmo macam tu..huhu
Para pelakon dan produser yang terlibat:
Director
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Script
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Cast
|
Apa-apa pun tahniah kepada Grand Brilliance dan Line Clear Production Sdn. Bhd kerana telah menghasilkan satu filem yang mengangkat koemdi ke satu era baru. Namun masih banyak yang perlu diperbaiki dan aku berikan 2 bintang setengah kepada filem ini. Cuba anda pula tengok sendiri dan kongsikan pandangan anda pula ok!
Yup!..kalau untuk release tension, memang filem inilah boleh dijadikan tontonan!!..hehe. Thankz gafildgumok!!..Datang lagi ye..
Yup!..kalau untuk release tension, memang filem inilah boleh dijadikan tontonan!!..hehe. Thankz gafildgumok!!..Datang lagi ye..
abg din..
komen2 yg bgus..
erm..
bg lah pndpt tok filem “jgn pndang belakang congkak” plak…
huhuhu…
Hoo..nanti abg tengok ceritanya baru abg komen ok!:D