Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘DEBAT’ Category

Salam perpaduan untuk semua!!..

1malaysia..1 bendera..

1malaysia..1 bendera..

Wokey, sekarang ni aku ada kat Serawak untuk Pertandingan Debat Perpaduan Antara IPTA yang berlangsung di UNIMAS!!hehe. Emm, hari ini dah abis pertandingan debat perpaduan bagi pusingan saringan…Pusingan saringan bermula dari 13hb Jun sehingga 14 Jun 2009 dan kemudian 15hb adalah pusingan kalah mati dan 16hb adalah FINAL debat perpaduan!..ok…Apa-apa pun kali ini pasukan tiada rezeki untuk melangkah ke suku akhir, namun aku percaya suatu hari nanti akan ada peluang dan rezeki untuk pasukan debat UDM sekurang-kurangnya mampu melangkah ke suku akhir…

Pelbagai bangsa..pelbagai budaya, perpaduan menyatukan kepelbagaian...

Pelbagai bangsa..pelbagai budaya, perpaduan menyatukan kepelbagaian...

Aku tak nak lah nak menceritakan perdebatan yang berlangsung…yang aku nak ceritakan adalah SEMANGAT PERPADUAN dan CINTAKAN MALAYSIA dikalangan rakan-rakkan pendebat dari IPTA/IPTS. Paling best adalah sewaktu kami bersama-sama menyanyikan lagu terbaru patriotik yang dicipta oleh komposer PAK NGAH dengan lagu Perpaduan Bangsa sebagai lagu yang menunjukkan semangat 1Malaysia…dan sebagai pendebat juga mahasiswa serta rakyat MALAYSIA, aku menyeru kepada semua rakan-rakan lain diluar sana, agar sama-sama kita menjulang roh 1Malaysia untuk kita hayati dan diamalkan sebagai satu langkah untuk kita terus merapatkan saf dan perpaduan diantara sesama kita dan sesama rakyat malaysia yang berbilang bangsa…

Tanamkan semangat cintakan negara. Jangan biarkan kekacauan dan gangguan daripada pihak-pihak yang tidak bertanggunjawab untuk terus menggugat kemanan dan perpaduan yang kita miliki. Hayati perjuangan dang sokongan serta semangat setiakawan yang diguna dan diamalkan oleh Tun Abdul Rahman, Tan Cheng Lok dan V. T. Sambathan dalam mendapatkan kemakmuran dan kemerdekaan yang kita kecapi hari ini. PERCAYALAH…..!!..sesungguhnya, hanya perpaduan dapat membantu kita bersama mencipta kejayaan dan kemakmuran untuk MALAYSIA tercinta…’INILAH SEMANGAT SATU MALAYASIA, ONEMALAYSIA, 1MALAYSIA’

SEMANGAT 1MALAYSIA!!!..PERPADUAN BANGSA!

SEMANGAT 1MALAYSIA!!!..PERPADUAN BANGSA!

‘RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’…’
‘MENJAYAKAN PERPADUAN, MERAIKAN KEPELBAGAIAN’
HAYATILAH SETIAP BAIT LIRIK LAGU PERPADUAN BANGSA DIBAWAH INI….
PERPADUAN BANGSA
(KLIK UNTUK KE LAMAN DOWNLOAD LAGU PERPADUAN BANGSA)
PERSEFAHAMAN DAN SALING PERCAYA
HORMAT HORMATI DAN BEKERJASAMA
PADUKANAZAM KITA DENGAN TEGAS
BERSATU JUJUR SETIA
TUMPAHKAN JASA DAN PENGORBANAN
BERSATU MEMBUMBUNG CITA
 
MARILAH JAYAKAN WAWASAN PERPADUAN BANGSA
REFORMASI MURNI GAGASAN PERPADUAN BANGSA
JUJUR DAN SETIA PADA BANGSA DAN NEGARA
HALA TUJU KITA SATU MALAYSIA
 
SATU IMPIAN DAN SATU HARAPAN
SATU SUARA DAN SATU LAUNGAN
SEMARAK CINTA HIDUP SENTOSA
DIBAWAH SATU BENDERA
HAYATI PRINSIP RUKUN NEGARA
LAUNGAN KERAMAT KITA
1MALAYSIA!!!
~PERPADUAN KITA PENENTU MASA HADAPAN NEGARA BERSAMA~

Read Full Post »

Salam perdebatan!!…

Institut Integriti Malaysia

Institut Integriti Malaysia

Ok untuk sepanjang aktiviti aku untuk minggu ini dari 15-19hb Mei 2009, aku terlibat dengan PERTANDINGAN DEBAT INTEGRITI di UTM, Skudai JOHOR..so, aku kali ini sebagai penyokong sahaja just support team dan sekarang giliran junior untuk merasai sendiri kehangatan pertandingan debat tanpa penglibatan aku secara langsung. Jadi,aku doakan kepada semua team dari Universiti Darul Iman Malaysia, Semoga Berjaya!!!

Read Full Post »

Debat IKIM…Rumusan Hari Kedua

Salam Perdebatan IKIM!

IKIM

Ok..di hari kedua 13.1.2009..UDM telah tidak dapat melayakkan diri ke suku akhir kerana sudah kalah 2 kali dari 3 perlawanan..So, ini adalah perlawanan unutk mencukupkan sahaja..komen tetap komen..

UKM(pencadang) VS UDM(pembangkang)

Tajuk: TENAGA NUKLEAR WAJAR DIBANGUNKAN BAGI MEMBENDUNG PENCEMARAN ALAM

RUMUSAN

UKM telah membawakan kepada kelebihan jangka panjangnya tehadap penggunaan tenaga nulear terhadap alam. Manakal di pihak UDM, mereka membawa dari segi RISIKO,POTENSI & TERDAPAT ALTERNATIF LAIN..

UDM kalah…

Read Full Post »

Debat IKIM..Rumusan Hari Pertama

Salam Perdebatan! Kefahaman Islam..

Institut Kefahaman Islam Malaysia

Sekarang sedang berlangsung debat IKIM yang berlangsung di IKIM sendiri iaitu INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA. Akhirnya UDM dapat juga menyertai pertandingan debat ini setelah sekian lama menunngu. Aku tidak dapat join unutk debat kali ini sebabnya hanya pelajar ijazah sahaja yang dibenarkan memasuki pertandingan ini. Namun, aku ikut juga atas tikit reseacher unutk debat ikim ini..alhamdulillah..!

Baiklah aku nak komen sedikit mengenai persembahan UDM dan keputusan hari pertama.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya UDM dapat memberikan persembahan yang baik walaupun this is our first time!.bagus-bagus..

Sistem kumpulan telah digunakan dalam Debat IKIM yang mana terdapat 4 kumpulan dan setiap kumpulan terdapat 4 universiti. Kami di dalam kumpulan C yang mana terdapat pasukan UIAM, USM dan UKM.

Pusingan Pertama

UDM(kerajaan) VS USM(pembangkang)

Tajuk: KUOTA 30 PERATUS WANITA PEMBUAT DASAR TIDAK BERPIJAK DI BUMI NYATA

RUMUSAN:

Berdasarkan apa yang telah diperhatikan nampaknya  UDM telah membawa tajuk dengan membawa ia TIDAK BERPIJAK DI BUMI NYATA dengan menyatakan dari sudut perspektif PERSEPSI MASYARAKAT & KEGAGALAN PEMIMPIN WANITA NEGARA LAIN…jadi apa pandangan anda???

UDM KALAH…

PUSINGAN KEDUA

UIAM(kerajaan) VS UDM(pembangkang)

Tajuk: BUDAYA INTERNET MENGHAKIS PEMIKIRAN KRITIS

RUMUSAN:

UIAM bawa tajuk MENGHAKIS merujuk kepada lebih kepada hiburan yang mana a menghakis..Penggunaan internet kepada hiburan sekaligus MENGHAKIS PEMIKIRAN KRITIS..tapi mereka tidak mengaitkan sangat dengan bagaimana ia MENGHAKIS PEMIKIRAN KRITIS..di pihak UDM, mereka membangkang dengan mengatakan secara kesimpulannya walau apa pun bentuk gejala positif dan negatif selagi mana ia lambang PEMIKIRAN KRITIS,maka tajuk perlu ditolak.

UDM KALAH…

bagaimana pandangan you all..hehe. Komenla ok:)

Read Full Post »