Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘KAMPUS’ Category

Salam kepemimpinan..

Baik. Siri kedua.

AMARAN: BACA ARTIKEL INI SAMPAI HABIS, BARU ANDA BOLEH MENILAI DAN MEMBERI PANDANGAN

cAKAP-CAKAP...(gambar sekadar hiasan)

cAKAP-CAKAP...(gambar sekadar hiasan)

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar..apa maksudnya untuk isu kali ini dan apakah kaitannya??….Maksudnya berhati-hatilah apabila berkata kan…jangan main lepas jeee…Namun ini juga banyak terjadi kepada pimpinan organisasi mahasiswa kita sekarang ini. Apabila perkara cuba membanding-bandingkan dan juga membangga diri dengan kejayaan ntah apa-apa disamping merendahkan orang lain sambil mengatakan ‘pemimpin akulah yang hebat..masalasnya tidak mengapa kalau sebut pada orang-orang biasa yang jarang atau tak pernah langsung terlibat dengan persatuan atau menguruskannya…ini sebut depan orang yang bukan calan-calang pengalaman dalam bidang kepimpinan. Apa yang aku tulis ini telah berlaku pada sahabat aku, Aizat dimana adalah ‘watak-watak’ pemimpin mahasiswa ini sering membanggakan dan membandingkan kebagusan Presidennya dengan sahabat aku. Aku memang hotlah perkara begini…sebab itu aku kata ‘cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-

Dengar-dengar...guna telinga

Dengar-dengar...guna telinga

dengar’ Bukan main lagi bangga..tapi yang ‘watak’ selaku wakil oragnisasi terbesar mewakili mahasiswa ni yang berkata lagak sedemikian rupa didepan Aizat, aku rasa kalau aku jumpa aku cakap macam bagi nasihat jelah kot. Haha!…tu jer aku bagi. Hakikatnya apa dia, TAK MAHU MENGAKU KALAH..MEREKALAH PENCETUS EVOLUSI…sebagai pemimpin..baik jagalah sikit dengan kata-kata. Setakat membangga..bukan orang suka..aku siap nak muntah saja!!.

.JADI, BERHATI-HATILAH KETIKA BERKATA…apa salahnya anggap sebagai teguran dari yang senior kepada yang junior untuk terus maju ke hadapan. Ini masalah tak boleh terima..berasa diri tu best sangat. Lagilah sakit kalau ada pula yang tulis dalam blog mereka  menhina saja (beza mengkritik)..isu ini dah lama..tapi apakan daya..perlu diingat semula..biarpun ‘si anu’ ini tidak ,mEngaku namun aku, saudara sabir, aizat dan ada beberpa lagi teman yang menyoal siasat ‘si anu’ mengenai penulisannya yang menghina keperibadian, memang satu tindakan yang kurang ajar sebagai pemimpin. Walau pun dia tidak mengaku, namun kenyataan yang putar belit lagi sembelit sebenarnya tidak mampu pun nak mengalihkan tumpuan kami. Bukannya orang tak tahu ko sape dan kenapa ko buat sedemikian rupa. Orang dah kenal ko kan…berani tulis berani tanggung…namu itu takpe isu yang sudah lenyap. Namun walaupun sekiranya atau sekalipun ko nak tulis benda alah macam tu, ko patut sedar dah la penulisan dalam blog bila orang baca ka nada yang terasa…pelik tapi benar kalau ada bebrapa orang yang berkaitan sebenarnya merasai perkara yang sama apabila ditanya…abang angkat sebenarnya???..tak fahammmm….

malam..

malam..

Siang...

Siang...

Pengajarannya, berhati-hatilah..awak tu pemimpin..jadi apabila sedemikian rupa inilah masalah yang berlaku akhirnya. Silap sendiri tak mengaku juga. Sebab apa???.lu pikirlah sendiri bak kata nabil!. Inilah akibatnya. Orang jadi meluat dan hilang rasa hormat. Aku rasa ada feeling lain sikit antara yang lama dan baru…aku pun pejuang ASPIRASI, namun apabila keadaan macam ini ko banyak  membangga dan bagai…PIALA DEBAT  NC  AKU TAK GANTI-GANTI LAGI..ISU KEBAJIKAN INI???..HA, TAKKAN NAK SUH KOLEJ KEDIAMAN..PENGANJUR MPP, ada exco kebajikan tersendiri apa lagi main peranan laa…dapatkan Piala itu semula..itu kebajikan aku, hak aku..perjuangkan laaa kan…Ini tidak. kebajikan entah kemana…tak de maknanya..apa??korang kata bukan isu kebajikan???…itu kan program yang disertai oleh mahasiswa/i…kalau dah pecah kenalah ganti balik kan..Bila menang itu hadiah hak pemenang kan..bila namanya hak, kebajikan lah kan, apabila kebajikan kenalah dijaga kan, kan..cmonlah..bergeraklah sikit… program yang banyak pun beza ngan kebajikan…CUBA LIHAT DALAM-DALAM..WAHAI PARA  PIMPINAN PRESIDEN…yang dipertua lain tau. Hehe..

Advertisements

Read Full Post »

Salam pemimpin..yehaa!!..

Baiklah..entry kali ini aku nak kupas mengenai kepemimpinan mahasiswa di Kampus. Aku buat entry ini pun pasal bengang dengan budak nick ‘cermin’ yang selalu menghentam (mungkin kasar kot bahasa ni) kepada sahabat aku Aizat melalui shoutbox di blog saudara Aizat..

Cermin ini selalu menganggap MPP di UDM bagus dan juga memperlekeh Aizat mengenai kepimpinannya dan jasanya…baik kalau begitu, ini jawabnya kepada semua yang membuat perbandingan DAN NAK MEMBANGGA tapi tidak mengerti istilah ‘ukur baju badan sendiri’, ‘cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengan’, ‘jangan disangka air yang tenang tiada buaya’, ‘hidup segan mati tak  mahu’….dan ..emmm yang terakhir ini aku rahsiakan..sampai masa aku publish!:D

AMARAN: SILA BACA ARTIKEL SAMPAI HABIS BARULAH ANDA BOLEH MELAKUKAN PENILAIN DAN LEBIH MEMAHAMI

Bailklah satu persatu kita bincangkan. Tapi aku akan bincangkan secara sekuel atau pun bersiri mengenai isu ini hehe. Ada 5 perkara perbincangan aku:

UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI..

Baju...

Baju...

Maksud peribahasa ini adalah mengenai mengetahui kemampuan sendiri sebelum melakukan sesuatu. Sekiranya kita tidak mampu maka janganlah diteruskan kerana melihat kemampuan kendiri. Namun ada satu kita mesti ingat, pepatah ini perlu kta lupakan seketika demi kebaikan apabila bercerita mengenai kepimpinan. Mengapa??.. Dalam isu ini, aku perhatikan ramai pimpinan mahasiswa kita yang bergelar sebagai pemimpin masih lagi berada di takuk yang lama. Tidak mahu mencuba membuat sesuatu yang baharu…mereka selesa dengan gaya kepimpinanan ‘yang mudah-mudah dah leee’..akhirnya tidak sampai kemana leee..Kalau buat program sebagai contoh program yang bercorak seperti ceramah dan sebagainya…pasti ia satu program yang bermusim..kalau satu persatuan ini buat bicara minda, esok lusa, persatuan yang lain pula buat ceramah minda..diskusi minda.  Program mengenai bentuk –bentuk seperti ini tiada masalah. Namun hakikatnya, kita tidak dapat lari apabila kandungan atau pengisian program telah membuatkan mahasiswa/i boleh jemu.

Manakan tidaknya tajuk –tajuk semua tidak menyegarkan minda..Namun, ada yang terbaru seperti yang dilakukan oleh Kolej Kediaman aku iaitu Kolej Kediaman C & D di UDM (Universiti darul Iman Malaysia), kandungan cermahnya berkisar mengenai tajuk yang berbeza dan menarik untk didengar!..Ini yang kita mahu dan tambahan pula…seperti Kolej Kediaman C, membuat ceramah dengan menjemput personaliti yang terkenal dengan Ustaz Badzli Shah iaitu personaliti tv dan halaqah dalam rancangan berbentuk keagamaan. Barulah ada kelainan kan…namun kebanyakan persatuan tidak berani atau pun malas berusaha. Bahkan Majlis Perwakilan Pelajar yang terbaru pun masih lagi gagal memberikan impak yang maksimum..

kalau dulu, MPP UDM semasa pimpinan saudara Sabir dan Aizat mampu menjemput Dr. Asri iaitu mufti yang cukup terkenal dan kontemporari..jadi kali ini bagaimana??..Jadi itu yang salahnya. Sebab itu kita kena lupakan peribahasa yang aku sebutkan awal-awal dulu supaya dilupakan seketika kita tak boleh lagi asyik mengukur dan terus mengukur..kita kena terus mencuba dan mencuba..barulah menarik kan!..barulah kita tahu dimana tahap kita…lagi satu adalah satu persatuan fakulti ini, yang Di-pertuanya kata apa..’ Kita just hanya program berbentuk kebajikan’ mak aih..baik ko duduk Jabatan kebajikan jee…satu lagi organisasi wakil mahasiswa yang besar pun sibuk gak nak publisiti kalau kolej kediaman nak buat apa-apa..mesti melalui mereka sedangkan kolej kediaman dibawah satu bidang kuasa lain khasss..yang dipertuanya Bukan KORANG!!…ADEH…kalau word bekerjasama boleh terima pakailaa…

Pembaris...

Pembaris...

cuba korang tengok kolej kediaman kat Universiti lain, takde pun MPP nak sibuk-sibuk….In addition they  make some word ‘ bangga’ when they are trying to make a ‘perbandingan’ laa konon..who is the best in make some program…hek eleh..Kolej kediaman aku punya program lagi seronok kan..Apa-apa guna nak bangga-bangga, kan baik korang bertegur sapa dan bertanya apa yang boleh kita buat bersama Kolej Kediaman. Buat satu program yang hebat..barulah..barulah nama organisasi yang mewakili mahasiswa.

Renung-renungkan…isu lain siri lain ok!

Read Full Post »

Salam pindaan…

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Hari ini aku hendak menceritakan tentang pindaan AUKU melalui satu sesi taklimat Pindaan AUKU yang telah diadakan di HOTEL RENAISSANCE KOTABHARU, KELANTAN pada 7hb januari 2009..yang dihadiri oleh pelajar dan pegawai tertinggi dari IPTA Zon Pantai Timur kecuali UiTM yang tidak terikat dengan AUKU..sudah lewat aku rasa penulisan untuk  artikel ini, tetapi penting sebagai pandangan aku dan komen korang nanti ok:)

Berdasarkan apa yang diterangkan aku boleh simpulkan beberapa perkara terhadap Pindaan AUKU.

  1. Pindaan AUKU banyak juga membincangkan kuasa Naib Canselor. Secara kesimpulannya kuasa Naib Canselor banyak dikurangkan dan diberikan kepada SENAT dan LEMBAGA PENGARAH..tapi pada pandangan aku, ia sebenarnya mencerminkan begini..”MENGURANGKAN, MENSTABILKAN, MENGUATKAN”..itu antara formula ‘pengurangan’ kuasa Naib Canselor..kerana walauapa pun sekali terdapat juga beberapa perkara yang masih lagi  berpihak kepada Naib Canselor..contoh: dalam seksyen 15, pelajar tidak dibenarkan melibatkan diri dalam politik..tetapi dalam perkara lain yang terdapat dalam pindaan AUKU akan membolehkan pelajar terlibat dengan perkara sedemikian sekiranya mendapat kelulusan daripada Naib Canselor..nampak berpihak kepada kerajaan..
  2. Pindaan AUKU telah menggantikan kesalahan jenayah yang dilakukan pelajar kepada hanya KESALAHAN TATATERTIB sahaja..kelemahannya..cuba fikir adakah ianya akan menggalakan pelajar membabitkan diri dalam gejala sosial???
  3. Pindaan AUKU membenarkan pelajar terlibat dengan persatuan luar kecuali 3 perkara: 1.Parti politik sama ada dalam dan luar negara 2.Pertubuhan yang menyalahi undang-undang sama ada dalam dan luar negara 3. pertumbuhan atau kumpulan yang dikenal pasti oleh menteri sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar..cuba ingat apayang sebenarnya kita minta??..hehe
  4. Pindaan AUKU membenarkan pelajar terlibat dengan pengurusan tertinggi universiti..tetapi hanyalah untuk mesyuarat. Apakah jaminan terhadap suara mahasiswa dalam mesyuarat tersebut??..siapa tahukan??..masih sama..

KESIMPULAN: APA YANG BOLEH DISIMPULKAN, PINDAAN AUKU MASIH LAGI TIDAK MEMBENARKAN PELAJAR TERLIBAT SECARA LANGSUNG DENGAN SESUATU PARTI POLITIK..DAN SEBENARNYA ITULAH JUGA YANG DIPINTA OLEH SEKALIAN PELAJAR UNIVERSITI ..hehe..

MY COMMENT:

At least it had good enough to me as student. Just, try think for this AUKU, this is our rule to control us from lost our control. biasalah, orang muda ini darah panas, kalau tiada undang-undang seperti AUKU, emm..tidak tahulah apa yang akan digunakan oleh pelajar untuk menentang kerajaan secara berterusan hasil pengapian dari pihak pembangkang..WHO KNOWS???
APA PANDANGAN ANDA???

ps-daku cintakan keamanan…

Read Full Post »

Salam pemimpin untuk kesemua!..

YDP KOLEJ KEDIAMAN C

YDP KOLEJ KEDIAMAN C

Kali ini aku hendak ucapkan tahniah yang berjuta-juta tinggi kepada Muhammad ‘Aizat Bin Anwar Apandi atas kejayaan beliau memenangi Pilihanraya Kolej kediaman C bagi jawatan Yang di-Pertua! pada 15.2.2007, AHAD.

Aku selaku pencadang beliau semasa mengemukakan borang pencalonan, adalah insan yang terharu sekali (cewwaaahh..aizat lepas ini belanja makan..) apabila segala penat-lelah berkempen, meraih undi akhirnya berjaya memberikan kemenangan kepada sahabat aku ‘Aizat. Tahniah!!

Juga tidak dilupakan terima kasih atas sokongan dan dorongan sahabat-sahabat lain yang membantu antaranya:

  1. Haziqah auni@iqa (http://www.blackchix.blogspot.com)
  2. Sabir
  3. Shaiham (http://shaiham.blogspot.com)
  4. Rashid
  5. Redzuan@duan
  6. Kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu kempen pilihanraya untuk saudara ‘Aizat!! juga…kepada perjuangan demokrasi kita di UDM!!
  7. pengundi-pengundi..terima kasih banyak-banyak…

Kepada saudara ‘Aizat, akhirnya kita berjaya juga mewujudkan suasana demokrasi di UDM melalui pilihanraya ini yang paling penting. Lepas ini, banyak kerja yang menunggu perlu dibereskan. INGAT ITU!

Mari kita sama-sama mendoakan agar saudara ‘Aizat dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan lancar dengan dipayungi keberkatan dan keredhaan daripada ALLAH S.W.T…buat pengundi-pengundi semua..ARIGATO!!

~HIDUP ‘AIZAT-HARAPAN BARU MAHASISWA!!!~

“KEBAJIKAN MAHASISWA MATLAMAT BERSAMA”

ps-sekiranya ada masalah di kolej kediaman c salurkan kepada beliau..insyaallah, organisasi baru kolej kediaman c yang diketuai ‘Aizat, boleh mengambil tindakan segera ya;)

Read Full Post »

Salam sambutan..huh..

UDM

UDM

Aduih, UDM dapat lagi ‘anak’ baru iaitu Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan..!.weeee! dan juga kursus yang baru iaitu Ijazah Sarjana Muda Perubatan&Pembedahan..hah!..memang power Universiti Darul Iman Malaysia..kata TPM semasa ucapan perasmian pada hari Jumaat 9hb Januari 2009..“saya dengar dari menteri pengajian tinggi kata pada saya, UDM merupakan universiti

Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Timbalan Perdana Menteri Malaysia

terpantas yang boleh menawarkan kursus ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan. Tahniah!”..mana tidaknya..kat terengganu ada pilihanraya kecil P36 yang akan berlangsung pada 17hb januari ini..InsyaALLAH!..Jadi kita doakan semoga UDM berjaya melahirkan doktor-doktor yang beriman, berilmu dan berakhlak!..

-ILMU DEMI FAEDAH INSAN-


Read Full Post »

Salam Majlis..hehe

Baiklah pada beberapa haribulan yang lalu..telah diadakan Majlis Temu Mesra bersama YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia di

menteri belia dan sukan

menteri belia dan sukan

Dewan Seri Amar DiRaja di kuala terengganu anjuran Majlis Belia Terengganu..Aduih!..malang sekali seperti biasa kalau diadakan majlis seperti dan jemputannya adalah vvip dan berdekatan pula dengan tarikh pilihanraya kecil di kuala terengganu jadilah majlis meraih undi!..menyampah!..

Lagi pun, aku memang meluat kalau orang cakap ini bukan kempen cuma saya mintak anda unidi BN!..(aih, tak pernah belajar ke??)..emm, dalam majlis itu terdapat jugalah sesi soal jawab antara wakil persatuan belia dengan Menteri Sukan..yang paling menarik soalan tentang hari anugerah belia tiada..bila hendak diadakan??..Jawab Menteri:“saya ok je.bila-bila masa pun boleh. kalau dalam masa 10 hari boleh kita adakan.Saya on je”..huh hebat, dalam masa 10hari pun boleh terlaksana majlis anugerah belia. Pilihan raya punya hal..huhuhu..hebat penangan PRK!..

Malaslah aku hendak cerita pasal hal ini..makin menyampah..sebab apa??..sebab pelajar pulak dijadikan sebagai ‘mangsa’ untuk ini..lagi marah..nama UDM yang dijemput tidak langsung disebut dalam majlis tersebut..MENYAMPAH!

Read Full Post »

Salam apungan..hahahah!..

Ok, sekarang adalah musim tengkujuh memukul pantai timur..hujan turun lebat, air laut bergelora, ombak

HOstel baru banjir..

HOstel baru banjir..

besar..itu biasa bagi penduduk pantai timur yang setiap tahun terpaksa menghadapinya. Alah bisa, tegal biasa..hehe..tapi, sejak berminggu-minggu hujan..aku tengok kebanyakan tempat sudah mula dinaiki air..termasuklah kampus aku sendiri..UDM!!.hehe..Banjir bah..bukan satu universiti..tapi di blok hostel yang baru siap dan kami dah pun rasmikan untuk duduk..hehe

Tak tahulah macam mana air naik..banyak versi yang aku tanya pada rakan-rakan dan diorang bagi pendapat antaranya:

  1. “kat belakang asrama kita yang blok baru tue, ada macam bocor jer..sampai berombak air kat situ”
  2. “sistem peparitanlah rasanya..tersumbat”
  3. “kontraktor buat mesti nak cepat siap jer”
  4. “asrama ni rendah..tak tambak betul masa buat”
  5. “parit tak cukup besar”
  6. “hanya tuhan saja yang tahu”-AKU

apa-apa pun tengok je gambar yang aku bagi ini..best juga main banjir..hehe..

Read Full Post »

Older Posts »