Feeds:
Posts
Comments

Salam anak wayang!!..hehe..macam jadi peserta ‘Anak Wayang’ pasal pula yang kat ASTRO tu..

sf_cop12

Ok, hari ini aku nak review pendapat aku mengenai cerita wayang yang baru aku tonton iaitu ‘SIFU & TONGGA’ …

BAiklah mengenai….

Sifu (Saiful Apek) & Tongga (Nabil Raja Lawak)

Sifu (Saiful Apek) & Tongga (Nabil Raja Lawak)

pendapat aku, cerita S&T (SIFU & TONGGA)..bolehlah dikatakan cerita komedi pengembaraan yang dimasukkan dengan elemen yang berkaitan mesej kemasyarakatan kebanyakannya. Elemen sejarah dalam filem ini mungkin boleh dikatakan ada namun tidaklah betul-betul mengikut arus se7sifutongga01jarah yang ada dinegara ini. Hanyalah beberapa fakta sahaja yang boleh dikatakan mengenai sejarah. Baik, sinopsis mengenai cerita ini adalah bermula apabila dua wartawan iaitu Tammy (Erra fazira) dan Azad (Azad jasmin) melakukan pencarian terhadap Puak Watson yang masih lagi wujud diatas muka bumi ini. Akhirnya pencarian mereka menemui kejayaan apabila berjaya menemui beberapa ahli Puak Watson yang masih hidup dan mereka telah menculik salah seorang gadis dari Puak Watson iaitu Milah (Fauziah Gous) untuk dibawa ke bandar7sifutongga02. Ketua Puak Watson iaitu Chief (Pi’e) sangat sedih apabila mengetahu kejadian ini. Akhirnya tampillah Sifu (Saiful Apek) dan kawan karibnya Tongga (Nabil Raja Lawak) untuk menyelamatkan Milah serta berjanji kepada Chief unutk membawa pulang kembali Milah. Sifu mempunyai kebolehan luarbiasa iaitu boleh berkomunikasi dengan dunia ghaib untuk dijadikan sebagai panduan yang telah banyak memberi petunjuk kepada mereka sepanjang pengembaraan di bandar yang besar dalam usaha menyelamatkan Milah. Pelbagai halangan telah berjaya ditempuhi sehinggalah membawa kejayaan kepada mereka dalam menyelamatkan Milah kekasih hati Sifu.

Apa-apa pun cerita SIFU & TONGGA ini sememangnya khas untuk meringkan kepala otak kita yang sentiasa berat dengan masalah. Namun terdapat juga sedikit elemen berat yang terpaksa kita kongsi bersama dengan cerita ini seperti kezaliman manusia dalam mengejar kekayaan, penyeksaan namun masih lagi dalam konteks tidak keterlaluan. Cerita komedikan..namun ada beberapa perkara yang AKU SUKA dan AKU TIDAK SUKA mengenai cerita ini.

AKU SUKA:

  1. Penggunaan bahasa yang sememangnya melambangkan satu puak yang memang lain dari lain. hehe dan juga terdapat unsur komedi dalam penggunaan bahasa. korang jangan pelik pula apabila melihat karakter Puak Watson termasuk Sifu dan Tongga berbahasa yang pelik sebab ini kan puak yang hampir pupus..
  2. Perjalanan cerita yang menarik yang penuh dengan pengembaraan yang diselang-selikan dengan komedi..tidak membosankan. Bukan lawak yang biasa kita lihatlah..
  3. Sinematografi yang boleh dikatakan cantik ketika diambil dalam hutan
  4. Ada beberapa lawak yang sememangnya satu benda baru yang boleh dikaitkan dengan  kehidupan dan mungkin juga ayat ‘SELAMAT MENCUBA’ dan ‘AN, AN, AN’ akan menjadi ikutan kanak-kanak ataupun orang dewasa!
  5. Terdapat mesej-mesej kemasyarakatan yang ditimbulkan dalam cerita ini sebagai contoh jangan menyalahgunakan harta benda awam, sebagai pemandu teksi tak kira siapa pun perlu mesra dan ada lagi babak-babak yang memeberikan satu suntikan moral

AKU TIDAK SUKA:

  1. Babak ketika Tammy (Erra Fazira) dan Azad() dimana azad akan ditampar atau pun ditunjal kepalanya oleh Tammy sekiranya dia tidak memahami apa yang diinginkan oleh Tammy..masalahnya terlampau banyak sangat, jadi macam bosan..
  2. Watak Rozita Che Wan sebagai polis..adeh..terlalu skema ayatnya..juga watak polis yang terlalu bajet garang..hehe..macam tak mengambarkan ‘MESRA, CEPAT & BETUL’
  3. Terlalu ‘cliche’ la setiap kali ada cerita mengenai puak yang masih wujud mesti ada emas…cub alah ada tinggalan sejarah pulak an, an, an..
  4. Watak Milah (Fauziah Gous) yang asyik menjerit je ketika dalam tahanan Tammay dan Azad..sekurang-kurangnya cubalah si Milah tu berkomunikasi sikit dengan Tammy..
  5. Ayat cliche macam bagus contoh Ketua Balai yang mengatakan ‘awak uruskan dulu saya nak pergi solat’..aduyai..bagusnya..sokmo macam tu..huhu

Para pelakon dan produser yang terlibat:

Director

Script

:
(Scriptwriter)
:
(Screenplay)
Cast

:
Sifu (Main Actor)
:
Tongga (Main Actor)
:
Mila (Main Actor)
:
Tammy (Main Actor)
:
Izzaq (Main Actor)
:
Chief (Supporting Actor)
:
Director Of Human Rights Association (Supporting Actor)
:
Pegawai Polis (Supporting Actor)
:
Mak Nyah ATM Machine (Guests Artist)
:
Jurujual Kedai Elektrikal (Guests Artist)
:
Pelayan Kedai Makan (Guests Artist)
:
Wartawan (Guests Artist)
:
jurujual butik (Guests Artist)
:
Makcik Tua (Guests Artist)
:
Ketua Mat Rempit (Guests Artist)

Apa-apa pun tahniah kepada Grand Brilliance dan Line Clear Production Sdn. Bhd kerana telah menghasilkan satu filem yang mengangkat koemdi ke satu era baru. Namun masih banyak yang perlu diperbaiki dan aku berikan 2 bintang setengah kepada filem ini. Cuba anda pula tengok sendiri dan kongsikan pandangan anda pula ok!

Gempar!!!!…pagi ini pada pukul 9.30 pagi 2 Jun 2009, ISNIN di Kuala terengganu…

STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN yang baru digunakan setahun runtuh!!!

Pelik..harga stadium yang bernilai RM280JUTA telah runtuh dengan jangka masa baru setahun digunakan..

Runtuhan itu membabitkan bumbung sepanjang 80 meter daripada keseluruhan 134 meter meliputi kawasan tempat duduk berbumbung termasuk pentas DiRaja dan mungkin sebab roboh ialah stadium yang boleh memuatkan 50000 orang dalam satu-satu masa adalah stadium yang pertama di ASIA dibina tanpa tiang untuk bumbungnya!..Mungkin kot ini ini puncanya sebab yang runtuh tu adalah bumbungnya..tak percaya tengok gambar!

Keadaan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh

Keadaan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh

(SUMBER: BERITA HARIAN, 2 JUN 2009, ISNIN)

ps-siasat jangan tak siasat….hehe

Salam semua kepada blogger!!..yehaa!..

Adui…letihnya minggu duduk termanggu di kampus menantikan hari latihan debat bulan jun ni..bosannya..kalaulah la dapat pergi melancong….owh!!..melancong!..satu idea PLING!!

Ok, kali ini aku nak berkongsi dengan korang semua tempat-tempat yang  akan aku ‘lancongi’ (waht teh sepllngi scuks!) sekiranya aku ada duit yang lebih!..hehe.. Emm, Mekah nak buat haji tu dah wajib..jadi itu mesti kena pergi..confirmla kan..tau,tau..tapi ini percutian yang lainJ

Emm..senarai yang pertama hingga kelima!

  1. Pulau-pulau!!
Pulau Redang! Fantastic island..

Pulau Redang! Fantastic island..

Haaa…bestnya!.. keindahan pantainya bersih, pasr yang memutig, air laut yang membiru, awan yang emmm…apa lagi ayat best nak letak yee…oh, oh! Awan yang membiru jugak lah!..udara yang segar, angin bayu yang menderu sepoi-sepoi bahasa..dan bermacam-macam lagi sememangnya menenangkan!!. Aku memang sukakan suasana pantai memantai ini sebab apa?..sebab dia best laa..tengok matahari terbenam tambah pula ada orang tersayang disisi bersam..waduh!!..syoknya!

  1. Disneyland!
Disneylnd..Yahoo!!

Disneylnd..Yahoo!!

Hoho…sememangnya satu kota yang menjanjikan kenangan yang manis untuk ditinggalkan..pelbagai perkara boleh dilakukan disana..dari bermimpi menjadi batman..tiba disana ia menjadi realiti!!..pergi sorang-sorang tak seronok…pergi confirmlah dengan keluarga aku (err..faham tak maksud aku ni??)..sama ada masa tu dahberkahwin (siapala yeee).. atau bujang tang, tang..haha!!..pergi ngan mama dan babah dan abang serta adik..bestnya!!

  1. Kota paris..!
Paris..Fantastika!!

Paris..Fantastika!!

Owh!..kota yang penuh dengan mistik perasaan hati yang mendalam..sape tak tau kan. Hehe..bergambar dengan menara paris, makan roti panjang origin from Paris apa yang best lagi dengan ehm, ehm laa!..Suasana sejuk dan menyegrkan pasti memikat melihat pemandangan kota paris yang penuh dengan fantastika!

  1. Tokyo!
!Tokyo!

!Tokyo!

Bestnya dapat pergi ke Tokyo yang sejuk lagi mengasyikkan bagi peminat setia gadjet permainan dan watak-watak manga kaya terkenal mereka!!.. Siapa yang tidak pernah kenal PS3, PS2 dan PS, Nintendo, Sony, Sharp dan berbagai-bagai lagi!..Juga aku teringin ank jumpa pelukis karya-karya komik kegilaan dnia seperti NARUTO!, Dragonball!,BLEACH, Yakitake!, DIGIMON, POKEMON, Ultraman Dan pelbagai lagi animasi, manga yang telah mencapai hit! Di seluruh dunia. Disinilah kelahirannya!.Aku memang nak pergi Jepun nak tengok sendiri kemajuan negara ‘MEIJI” ni..hehe

  1. Malaysia!!
Truly Asian..Malaysia!!

Truly Asian..Malaysia!!

Hehe…dari senarai 2-4 inilah tempat yang paling aku nak pergi sekali..heehe!..Bak kata iklan.. ‘NEGARA MALAYSIA KAYA DENGAN KHAZANAH, ALAMILAH PERCUTIAN BERTARAF DUNIA DI NEGARA SENDIRI’ ..Malaysia is the best place in the world to travel. So why not, feel it in ths country..THE PEACEFUL PLACE AND TRULY ASIAN..

Apa-apa pun mari kita bersama menerokai negara kita sendiri yang penuh dengan khazanah kekayaan yang indah lagi mengasyikkan..ALAMILAH PERCUTIA BERTARAF DUNIA DAN TEROKAILAH MALAYSIA TERCINTA INI!!

Salam kecoh..aku harap ini entry terakhir pasal negeri Perak..malas aku nak layan lgi pasal isu ini…

Perak Darul Kecoh???..memang pun..apa taknya lepas mahkamah dah putuskan bahawa Menteri Besar Perak yang sah adalah Dr. zambery,(keputusan mahkaah rayuan melalui panel 3 hakim)..terus ramai nak buat mogok dan protes antaranya yang terbaru nak buat mogok lapar selama 3 hari..siapa dalang ni??PAKATAN RAKYAT..kesian rakyat perak.

PAKATAN RAKYAT kalau kehakiman berpihak pada mereka..owh! kehakiman kita sanagt telus..tanda keadilan sudah tiba!..kalau tak berpihak…KERAJAAN MANIPULASI INSTITUSI KEHAKIMAN, TAK TELUS, ADA DALANG.DAH ATUR KEPUTUSAN!!..

itulah mereka..sampai bila Pakatan Rakyat nak jadi budak bijak. Kalau betul perjuangkan rakyat..biarkan BN memerintah kita sebagai pembangkang sentiasa jadi ‘check & balance’ dalam kerajaan…bukan sentiasa nak timbulkan keadaan huru-hara..then rakyat akan menilai..apakah pakatan rakyat tkut kehilangan sokongan disebabkan Kerajaan negeri BN akan memerintah Perak dan menunjukkan prestasi untuk rakyat kemali menilai BN??..jangan begitu..kalau betul yakin dengan rakyat..Pakatan seharusnya menjalankan tugas pembangkang seperti biasa..dan tunjukkan ideologi yang sememangnya Pakatan Rakyat laa yang benar-benar memperjuangkan isu rakyat…jadi di PRU-13..rakyat akan nilai..

iNI..MACAM SEOLAH-OLAH NAK KAN KUASA DEMI KEPENTINGAN SAHAJA…bukan kerana rakyat…alahai perak darul ridzuan..

kepada rakyat semua…NILAI MENGIKUT SITUASI DAN TINDAKAN BUKAN PEMIKIRAN JUGA TELAHAN..OK

Salam sukan!!..haha…

THIS IS WHAT WE CALL 'THE GREAT TEAM'!!

THIS IS WHAT WE CALL 'THE GREAT TEAM'!!

Buat seketika untuk isu kegembiraan dariku buat semua penyokong fanatik seperti aku terhadap MANCHESTER UNITED…jom, meraikan kejayaan MU sebagai juara EPL buat kali ke 18!!!..haha. Untuk rekod MU dan LIVERPOOL, adlah dua kelab british yang berjaya mengungguli kejuaraan EPL sebanyak 18 kali dan kini kita menantikan detik MU pula memecahkan rekod 18 kali tersebut untuk menjadi yang terulung dikalangan yang terhebat!!..yehaaa!!..

Penantian kejuaraan ini berakhir pada malam tadi apabila pertempuran di antara MU menentang ARSENAL di Stadium ‘Theatre of Dreams’ Old Trafford menyaksikan MU berkesudahan seri 0-0 sekaligus memberikan mata yang mencukupi untuk terus mengatasi LIVERPOOL yang berada ditangga kedua liga dengan hanya berbaki satu perlawanan. MU mencatat mata 87 mata berbanding LIVERPOOL 8o mata. So, terbuktilah, MU is the best among the best!!!..

PREVIEW KEJAYAAN TROFI EPL-18 MU!!

KITA JUARA!!!

KITA JUARA!!!

Fergie..the greatest manager football in the world from MU!!

Fergie..the greatest manager football in the world from MU!!

From ASIA for MU!!..is Park JI SUNG!!

From ASIA for MU!!..is Park JI SUNG!!

Go, GO!!..Manchester United..18 times as champions!!

Go, GO!!..Manchester United..18 times as champions!!

we're the champions!!..we're the champion 4ever!!

we're the champions!!..we're the champion 4ever!!

CANGRATULATION FOR MANCHESTER UNITED AND…THE VERY IMPORTANT…HE IS FERGUSON!!

ps-jat…Chelsea..tinggal ‘the blues’ jela..wahaha!!..MU still winning this cup and this pic..proved it!!

Salam perdebatan!!…

Institut Integriti Malaysia

Institut Integriti Malaysia

Ok untuk sepanjang aktiviti aku untuk minggu ini dari 15-19hb Mei 2009, aku terlibat dengan PERTANDINGAN DEBAT INTEGRITI di UTM, Skudai JOHOR..so, aku kali ini sebagai penyokong sahaja just support team dan sekarang giliran junior untuk merasai sendiri kehangatan pertandingan debat tanpa penglibatan aku secara langsung. Jadi,aku doakan kepada semua team dari Universiti Darul Iman Malaysia, Semoga Berjaya!!!

Salam kepada semua blogger!!..

CINTA BIAR BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT....

CINTA BIAR BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT....

Ok, sekarang aku hendak mebincangkan bersama dengan korang tentang kahwin dengan orang yang jauh atau pun yang dekat lebih baik??..hehe. Dah nak kahwin ke..Tak, just aku terpanggil untuk membincangkan isu ini disebabkan sahabat aku diblognya sudah mula membuat tinjauan untuk melihat sejauh mana pandangan orang tentang isu ini. So, aku pun nak joiN meberikan pandangan akulah Jat!!..hehe

Ok, semua orang didunia mempunyai impian atau pun sudah pun mengambarkan siapakah pasangan yang ingin mereka miliki..ada yang pilih kecantikan, keperibadian, kehartaan (ada ke perkataan ni?) atau pun ketaqwaan..tapi tak ramai memandang tentang KENEGERIAN. Emm, menarik untuk kita bincangkan. Bagi yang sudah memiliki dan dimiliki, mungkinkah anda baru terfikir perkara yang aku bincangkan ini. Jom kita intai!

Baik pada pandangan aku, aku lebih untuk memiliki pasangan yang berlainan negeri!..kenapa??..aku ini orang johor..so aku kalau boleh, aku daripada negeri johor memilih untuk memiliki teman hidup luar daripada negeri johor atau dengan kata lain, pasangan yang berasal dari negeri lain. Kenapa ye?? Pandangan aku:

  1. DAPAT PENGALAMAN DAN LUAS PANDANGAN: Yeah!!..apabila berkahwin dengan wanita dari negeri lain, banyak bestnya. Sebagai contoh, kita boleh mengenali adat dan budaya sesebuah negeri dengan lebih dekat disamping dapat melancong!!..ialah manakan tidaknya, kalau kita senegeri kita sudah mengenal adat dan budaya kita, tetapi katakanlah kita berkahwin dengan orang dari negeri lain, kita boleh mngenali adat dan budayanya. Contoh, kalau orang Kelantan dengan tarian mak yong, negeri Sembilan masakan pedasnya, Melaka adat resamnya dan lain-lain. Semua ini akan memberikan pandangan yang baru kepada kita. Kata orang ‘JAUH PERJALANAN LUAS PANDANGAN’!
  2. DAPAT MELANCONG: ha, selain kita dapat membuka pandangan dan luas pandangan , kita dapat melancong secara sekaligus!..Selalunya, kalau kita melancong, kita mesti terfikir hendak kemana..selalunya kita sekadar melancong. Tapi, apabila kita mempunyai pasangan hidup yang berlainan negeri, kita boleh melancong sambil melawat ibubapa mertua!..hehe. bukan bermakna kita tidak boleh melancong apabila kita tidak berkahwin dengan orang yang berlainan negeri kan..hehe. Cuma, kita boleh melancong sambil melawat ibubapa mertua kita!!..hehe. Tambahan pula, kalau yang jaraknya perlu merentasi 2 atau 3 negeri, pasti menyeronokkan. Disambil dalam perjalanan ke kampung, apa kata ambil masa singgah di beberapa negeri yang direntasi, pastinya menyeronokkan!!
  3. BALIK KAMPUNG NANTI BEST!: apa yang bestnya??…alah, tak percaya alah kalau balik raya mesti best kerana ia akan menambah kemesraan dan perasaan yang bersemangat riang dan gembira apabila dapat pulang ke kampung setiap kali cuti setelah sekian lama berada diperantauan bersama insan tersayang!;D apa yang bestnya apabila suasana hari raya bagi yang beragama islam, mesti seronok memikirkannya. Tapi janganlah sampai membawa kepada pertengkaran dan perpecahan didalam keluarga. Berbincanglah dengan baik pasti nikmatnya lebih terasa. Tambahan pula apabila kita mempunyai anak, barulah seronok dapat pulang ke kampung. Perjalanan yang jauh dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita itu yang terpenting. Kalau dekat, emmm..alamatnya tak sempat dua lagu raya, dah sampai ke kampung halaman. Pasti bosan. Hehe. Kita juga pernah jadi anak kan??..:p
  4. MENAMBAHKAN PERASAAN KERINDUAN DAN KASIH SAYANG: tak percaya??..Cuba anda setiap hari berjumpa pasti terasa bosan..walaupun ini mungkin dirasai oleh sebilangan orang sahaja, namun semakin lama semakin rindu, semakin lama semakin sayang..bukankah ini ungkapan untuk mereka yang berjauhan??..Haa, memang benar, apabila kita sudah lama tidak berjumpa disebabkan berjauhan, apabila menelefon, pasti kecintaan dan kerinduan sentiasa ingin diluahkan. Apabila berjumpa, ada sahaj perkara yang ingin dikonsi bersama. Apabila berpisah, pastinya mengalir air mata kerinduan mengambarkan perasaan cinta yang mendalam. Bukankah ini suasana indah yang sentiasa ingin kita kongsi bersama insan tersayang sekaligus menanam rasa rindu yang mendalam kepada keluarga yang berjauhan
  5. INDAHNYA HIDUP BERSAMA INSAN TERSAYANG: Yes..apa maksudnya??..indah kawan-kawan sebab apabila kita tidak lagi menghiraukan tentang perkara kebendaan kerana semata-mata ingin membawa insan tersayang untuk berjumpa keluarganya YANG BERJAUHAN yang dirindui sekian lama pastinya perasaan cinta yang dibina semakin bersemi. Melihat pengorbanan sang suami kepada isteri semata-mata kebahagiaan untuk isterinya tanpa memikirkan bebanannya, lahirlah perasaan yang erat betapa indahnya hidup pabila berjauhan. SEGALANYA DIKONGSI BERSAMA.

Ps-kepada yang sudah memiliki pasangan yang senegeri, jangan korang nak tinggalkan pula kekasih korang disebabkan artikel aku ini. BAHAYA!!!..percayalah setiap pertemuan dan jodoh adalah seperti yang ditentukan oleh tuhan yang maha esa. Cuma tuhan sentiasa member kita pilihan untuk berusaha, so berusahalah mengikut kemampuan kita yaa!! Dan aku tidak menolak sekiranya sudah ditentukan jodohnya dengan sesiapa yang telah dicatatkan kerana setiap kejadian ada hikmahnya. Cuma buat masa sekarang aku masih lagi mempunyai peluang untuk berusaha mencari pasangan hidup aku sendiri. Hehe.